Friday, May 25, 2012

Taman Rekreasi Di Tengah Bandar Kuala Terengganu

Taman Rekreasi di Tengah Bandar K. Terengganu.


Hari pertama cuti pertengahan tahun, membawa anak-anak melawat Taman Rekreasi ini yang terletak di kaki Bukit Besar.


Terletak bersebelahan dengan Mydin Mall dan Bukit Besar, salah satu tempat rekreasi ‘alam hijau’yang dijaga dengan baik dari segi landscaping.




Cuma terdapat dua buah struktur ‘alat senaman’ sahaja, dan ini sangat menyedihkan untuk golongan yang inginkan teknik-teknik senaman yang pelbagai dan menyeluruh. Warga ‘bandaraya’K. Trg berharap agar MBKT dapat menyediakan lebih banyak kemudahan untuk membina rakyat yang sihat dan produktif.




 Tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman yang amat unik dan menarik, sesuai dengan hiasan Taman Rekreasi.


Semangat kemandirian , semangat rimba yang begitu gigih dan kuat, berjuang untuk terus hidup; bak kata pepatah , patah tumbuh berganti.


 Entah buah apa yang tergantung lebat di atas sepohon pokok besar, banyak burung pelbagai spesis berkicauan riang di atas pokok, orang lalu-lalang di situ was-was untuk cuba-rasa buah merah yang comel ini. Ada sesiapa yang sudi memberitahu dan berkongsi ilmu tentang nama pokok ini?

No comments: